CARA NAK MONITOR FB ADS SAMA ADA MELETUP ATAU TAK !
.
Ramai yang HABIT dia lepas run ads terus tunggu pm masuk.. hari pertama 0, hari kedua 1 je dan hari ketiga off iklan sebab takde orang PM.
Lepastu buat iklan baru dan buat perkara sama tunggu pm masuk. SALAH!

Fb ads perlu dimonitor supaya kita tahu iklan kita tepat ataupun tak. “macam mana nak monitor bang…?” jadi bunga dihati abang.. aaauuummm.. gurau2.

Banyak juga yang kita perlu monitor, so UA akan terangkan satu-satu bagi anda semua faham, lepasni boleh la monitor ads tu baru meletup..

1. REACH
Anda perlu monitor reach iklan anda dalam masa 24 jam sama ada kpi capai 1000, kalau kurang maybe ada problem pada ads anda, anda perlu pause dan setting balik ads anda.

2. COST PER CLICK (CPC)
Korang monitor juga cpc ni, cara pengiraan cpc ni adalah amount yang kita spent bahagi jumlah klik tapi bende tu fb dah kira so kita kena tahu berapa sen amount per click. Kalau atas 0.15sen KO , bawah 0.15 sen OK..

3. COST PER COMMENT
Cost per comment adalah cost yang dikira berdasarkan comment. Cara pengiraanya adalah jumlah spend ads bahagi dengan berapa comment untuk ads tersebut. Kpi nya adalah bawah RM5.. kalau lebih RM5 pause dulu iklan dan setting apa2 yang perlu.

4. COST PER 1000 IMPRESSION (CPM)
Yang ni plak kita nak tengok berapa cost kita untuk 1000 impression, cara pengiraan dia adalah berapa jumlah yang di spend untuk iklan bahagi jumlah impression kali dengan 1000 baru kita akan dapat cost tu, tapi takyah pening sebab fb tolong kirakan. Kpi yang terbaik untuk cost yang ni adalah bawah dari RM10.

5. COST PER LEAD (CPL)
Cpl ni bukan guna untuk fb ads je, tapi berguna untuk segala bisnes sebab CPL nil ah yang paling penting untuk kita tahu berapa sale kita.
Cara pengiraannya adalah TOTAL SPENT / LEADS , total spent tu adalah berapa jumlah yang kita spent untuk iklan tersebut dan leads pula adalah customer yg bertanya tentang produk atau servis yang kita jual bukan yang like eh tapi yang pm, WhatsApp ataupun mesej.

Dari situ baru kita dapat kos per lead kita dan kita boleh bandingkan dengan cost per sale kita untuk tahu iklan kita OK atau KO.

NOTE : kalau iklan anda stuck dekat mana2 tu, anda boleh setting dari segi copywriting, gambar, video, audience dan masa untuk anda runs ads anda.