Objektif : Untuk cari lubuk database dari iklan contest.

Kenapa perlu buat Contest
Sebab iklan contest dapat reach tinggi , engagement tinggi , kos iklan yang rendah dan organic reach yang tinggi

So macam mana nak buat?

Contoh anda seorang penjual produk kurus . sekarang target kita untuk game contest ni adalah kita nak orang2 yang gunakan apa2 sahaja produk kurus untuk munculkan diri. Kita hantar Saka dekat mereka ni nanti.

Contoh Copywriting iklan: Boleh tiruvasi intuk iklan anda nanti.

ContestContest! Duit Raya Rm 300 + Sponsor produk Kurus selama Setahun! Siapa nak angkat Kaki!

siapa sini yang ada guna produk kurus tak kisah Jenama Apa2. Ada?

Kalau ada Mak Mertua Admin nak bagi duit Raya Rm 300 + sponsor produk kurus selama setahun🙀

Jom join kontest ni Cepat! Rugi weh tak join

Syarat nak join kontest

1. Komen produk kurus apa yang uolls tengah pakai sekarang. Tak kisah produk apa
Cnth : ‘Tulang Ajaib herbs’
2. Like post ni
3. Share post ni banyak2

kontest ni hanya untuk yang tengah guna atau yang pernah guna produk kurus sahaja taw. yang tak guna jangan nakal2 nak komen.admin gigit nanti! Aumm Tak baik tau tipu haa. Dosa…

Ni contoh copywriting iklan untuk kontest tu. Kalau boleh kita dah filter siap2 siapa yang tak pakai produk kurus dekat copywriting tu.

 

So next step kita nak buat apa?

Buat Video untuk iklan ni. Tak kisah lah video anda bercakap ke atau video animasi. Apa2 pon boleh mengikut kreativiti korang. Apa yang penting mesti ‘Video’

Kenapa ‘VIDEO’ ?

Sebab kita boleh retargetting balik siapa yang pernah tonton video kita.
kita boleh create Custom Audience dari video tu.
Kita dah dapat (database) orang yang pernah pakai produk kurus.

Dari custom audience tu kita boleh buat Lookalike Audience pula.

So kita dapat dua jenis Custom audience dekat sini:
-Custom Audience dari posting video- Retargetting
-Custom Audience dari Post Engagement.

Dari Custom Audience tadi kita buat pula Lookalike Audience:

-Lookalike Audience dari Custom Audience- (New Target/New Audience)

Kalau nak cerita semua memang panjang so saya ringkaskan jela yeah

Flownya disini:

1. Buat Iklan Copywriting + Video contest
2. Run Campaign Game Contest Menggunakan Customer Avatar
3. Create Custom & Lookalike Audience dari Video (Database)
4. Retargetting Campaign ( Educate)
5. Create Custom Audience dari Educate Campaign No 4 tadi 👆🏻
6. Retargetting Campaign (Sales)

oh lupa game ni sesuai untuk yang tak kedekut untuk Bagi percuma Produk. Kalau nak run iklan Rm 50 sehari pon masih berkira-kira. Anda tak sesuai. kahkah!